Sumber :www.slideshare.net
Sejarah Bola Baling
Permainan bola baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang telah diubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czehoslovakia, Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Semasa perang dunia kedua, permainan ini dikenali sebagai Torball yang dimainkan seramai tujuh orang. Pada tahun 1917, bilangan pemain telah ditambah menjadi sebelas orang dan dimainkan di padang bola sepak. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman.
Pada tahun 1926, Kesatuan Olah Raga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaraskan permainan ini. Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAFF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam. Pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Enam buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul menjadi juara. Pada tahun 1938 sekali lagi, Jerman menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia dimana 10 buah negara telah menyertainya.
Pada tahun 1946, (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF).
Kesatuan ini menggalakkan permainan tujuh orang sepasukan. Sekali lagi Kejohanan Bola Baling Sedunia telah diadakan pada tahun 1956 dan kali ini Sweden pula telah menjadi juara. Pada tahun 1956, undang-undang permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini.
Antara negara yang menguasai permainan ini ialah Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechhoslokavia, Hungury dan juga Poland. Di Asia, Jepun, China dan Korea adalah antara negara yang terkuat di mana pasaukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dalam sukan Olimpik pada tahun 1988 manakala pasukan lelaki telah memenangi pingat perak.
Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan IMF. Sementara itu, Kesatuan Bola Baling Asia pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Teheran sedang berlangsung. Ibu pejabat kesatuan ini berada di Kuwait.
Contoh gambar bola (Bola Baling)
Sumber : www.lelong.com.my


